Cara Hilangkan Dagu Berlapis (Double Chin)
Boleh kata ramai wanita yang mengeluh akan masalah dagu berlapis sedangkan tubuh sudah langsing melidi.
Disebabkan wajah tidak runcing seiring anggota tubuh yang lain, cara yang selalunya wanita ambil adalah dengan menggunakan teknik contouring untuk dapatkan efek bentuk wajah yang cantik menawan.
Tapi ada kala pastinya kita kesuntukan masa untuk bersolek sempurna. Jadi, apa kata amalkan cara mudah ini untuk hilangkan dagu berlapis dengan segera tanpa perlukan sejam untuk lakukan contouring.
1. Krim Mentega Koko
Krim jenis ini mudah untuk didapati di mana-mana farmasi. Apa yang perlu anda lakukan ialah panaskan dua sudu krim ini di dalam ketuhar gelombang mikro selamat 30 saat. Setelah itu, sapukan krim tersebut pada bahagian tengkuk, leher dan sudut rahang selama lima minit. Gunakan teknik urutan menaik untuk impak yang lebih memuaskan. Sebaiknya, amalkan kaedah ini dua kali sehari iaitu sebelum mandi pagi dan sebelum tidur. Dalam masa yang sama, ia juga mampu melembapkan kulit wajah.
2. Senaman pusingan kepala
Boleh kata cara ini yang paling mudah untuk dilakukan. Tidak kira di mana jua anda berada, sedang bersiap untuk ke tempat kerja, ketika memasak, atau mungkin ketika mandi. Tapi yang pastinya lakukan senaman pusingan kepala ini mengikut arah jam atau sebaliknya dengan posisi badan menegak. Lima putaran untuk satu set. Amalkan tiga set senaman ini setiap hari, percayalah anda akan ucapkan selamat tinggal pada dagu berlapis tidak lama lagi.
3. Kunyah gula-gula getah
Seeloknya, pilih gula-gula getah tanpa gula (sugar free). Dengan mengunyah gula-gula getah, ia bukan sahaja membantu kecapi bentuk wajah langsing, malah juga membersihkan gigi juga nafas lebih segar.
4. Kurangkan pengambilan gula
Tahukah anda bahawa masalah lemak berlebihan pada bahagian pipi dan dagu adalah kerana pengambilan gula yang tidak terkawal? Jadi, sebaiknya kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan serta perbanyakkan minum air kosong.
5. Senaman dagu
Dalam posisi duduk, tegakkan postur badan dan dongakkan kepala secara perlahan memandang ke atas. Sambil itu, lakukan gaya duck face selama lima saat serta ulang gerakan ini sebanyak lima atau 10 kali. Amalkannya setiap hari ketika bangun dari tidur untuk efek yang lebih cepat.
Sumber : eh.com.my