Apa Yang Akan Berlaku Jika Wanita Berusia 20, 30 dan 40 Hamil?
Buat wanita, usah bimbang dan ragu-ragu lagi akan persoalan apakah yang akan berlaku jika hamil pada usia 20, 30 atau 40. Sebenarnya tiada had umur atau usia khas untuk merancang kehamilan.
Jika anda masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata, seeloknya rancang kehamilan lebih awal atau mungkin ketahui waktu yang paling sesuai untuk tubuh anda berbadan dua.
20-AN
Bayi : Usia muda menjadikan purata tumbesaran bayi membesar secara abnormal adalah kurang. Jadi jangan bimbang ok!
Minda : Mungkin dari segi minda, anda akan mengalami sedikit gangguan kerana umumnya pada usia 20-an, ia adalah waktu di mana ramai yang memilih untuk bekerja keras. Bahkan, ada segelintir yang akan melalui tekanan di pejabat kerana secara teorinya pada usia ini ramai yang masih belum cukup matang.
Tubuh : Majoriti wanita hamil pada usia 26 tahun. Pada usia muda ini tubuh anda masih lagi kuat dan dikatakan ia adalah waktu terbaik untuk hamil. Ia juga mampu mengurangkan risiko kanser ovari dan payudara. Apatah lagi pada usia muda ini, proses persenyawaan telur berlaku dengan lebih tinggi dan risiko keguguran kurang dari 12 peratus.
30-AN
Bayi : Selepas usia 35 tahun, bayi dalam kandungan berisiko untuk menghidapi penyakit down syndrome. Puratanya sama tinggi dengan masalah keguguran. Pada usia ini juga, imun tubuh akan berkurangan dan anda dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dengan lebih teliti.
Minda : Pada peringkat usia ini, diri anda akan lebih tenang dan cukup matang pabila sudah melepasi peringkat kepayahan mencari rezeki pada usia 20-an. Emosi anda juga akan lebih stabil pada peringkat ini.
Tubuh : Secara fizikal, tubuh anda masih lagi kuat, namun disarankan untuk anda hamil sebelum mencecah 35 tahun. Juga dinasihatkan supaya anda kerap mendapatkan rawatan dan nasihat doktor jika hamil pada usia ini kerana ditakuti masalah diabetes dan tekanan darah tinggi. Pada peringkat usia 35-40 tahun, risiko keguguran meningkat lebih tinggi kepada 25 peratus.
40-AN
Bayi : Jangan terkejut yang mana pada usia ini peratus untuk mendapat bayi kembar adalah lebih tinggi. Kajian mendapati yang mana tubuh wanita pada usia ini menghasilkan lebih banyak telur dari sebelumnya.
Minda : Pada ketika ini, emosi anda akan lebih mudah terganggu. Emosi yang tidak menentu dan perasaan cepat berputus asa untuk hamil itu lebih bermaharajalela pada usia ini.
Tubuh : Tiada kata yang mana anda tidak boleh hamil ketika usia ini. Anda masih boleh mengandung dengan sihat tetapi pastikan anda mendapatkan pengawasan doktor dengan lebih kerap kerana pada peringkat ini, kadar keguguran lebih tinggi yang mana mencecah 50 peratus. Risiko penyakit diabetes dan penyakit-penyakit lain juga meningkat dua kali ganda. Bahkan, tahap kesuburan anda juga akan menurun dan tidak terkejutlah yang mana tubuh anda akan lebih lemah dan cepat penat pada peringkat umur ini.
Sumber : eh.com.my