This guy greeted me and introduced himself as my “big fan” when i was hanging out with sister at Aeon Shah Alam. Tapi lepas beberapa minit berbual, end up saya pulak yang terkagum dan ter-convert jadi big fan beliau.
He was there to spend some alone time with his son at a bookstore, while letting his wife rest and have her me-time at home.
Saya masa dengar tu, macam “Mamat ni dari planet mana ni?” So one of a kind! Bertambah terkesima bila dia kata,
“My wife tu suri rumah. Siang malam buat kerja rumah dan layan anak. So bila saya ada masa lapang, saya akan pastikan isteri dapat rehat dan buat apa saja aktiviti yang dia suka tanpa gangguan saya dan anak.
“Saya tak rugi apa pun. Dapat bonding one-on-one dengan anak.”
MasyaAllah.. syurgalah untuk awak. Bayangkan kalau semua suami atas muka bumi ini thoughtful dan helpful macam ini? Mesti kadar wanita meroyan dan stress akan menurun dan kadar keretakan rumahtangga juga pasti menurun serta kadar keguguran rambut suami jugak pasti berkurangan. Happy wife, happy life. Kan?
Plus, bila para suami rendahkan ego dan spend some alone time dengan anak-anak macam ini, ia bukan sahaja memberi kebaikan kepada isteri untuk berehat dan ber”me-time”. Tetapi juga memberi high-impact kepada perkembangan anak-anak.
Menurut kajian, ada lima perkara yang anak-anak akan dapat bila mereka sentiasa dapat rutin one-on-one session dengan si bapa, tanpa kehadiran si ibu iaitu:
- Mempunyai IQ yang lebih tinggi. Anak-anak yang dapat penglibatan secara langsung daripada bapa dalam setiap fasa perkembangannnya, akan lebih berdayasaing dan bijak.
- Mempunyai self-esteem dan nilai diri yang lebih tinggi.
- Kurang terlibat atau terpengaruh dengan masalah sosial dan mempunyai kawalan emosi yang lebih baik.
- Mempunyai perkembangan saraf, deria, dan fizikal yang baik.
- Lebih faham tentang the teory of life dan lebih bijak dalam membuat keputusan.
Dan ini pula tiga perkara yang si bapa akan dapat bila sentiasa bonding time dengan anak-anak:
- Bapa yang luangkan sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari bersama anak-anak akan lebih gembira dan lebih produktif di tempat kerja.
- Mempunyai good sense of coordination and orientation, sama ada di tempat kerja atau di rumah. Diri dan hidup anda akan lebih terurus!
- You will be better at expressing love and emotions. Macam yang kita tahu, majority kaum lelaki, kurang mengekspresi perasaan sebelum mempunyai anak. Tapi lepas ada anak dan kerap luangkan masa bersama anak, kaum bapa akan lebih bijak dalam mengekspresi kasih sayang dan ada good sense of empathy. Tengok anak orang lain pun boleh teringat anak sendiri. Kan?
Haa. Jadi tak rugi pun sebenarnya untuk para bapa rendahkan ego dan allocate sedikit masa senggang untuk bersama anak-anak. Lagi menguntungkan ada lah.
And to the man in this photo (sorry lupa nama), thank you for being you and being a good example to all of us. Please know that, your family are the luckiest human beings on earth to have you as their leader. Semoga keluarga anda terus menerus mendapat kasih sayang Allah. Dan thank you juga sebab sudi tegur hari itu.
Penat pakai spec supaya tak nampak macam Adlil Rajiah (sebab takut orang tegur masa tengah buat benda tak senonoh seperti korek hidung). Selepas ini kena pakai spec yang ada misai itu, bahaha! But hey! Tetiba kita nampak macam adik-beradik berkacamata di situ.
Have a nice weekend, everyone. Kepada suami yang kena tag di bahagian komen itu nanti, take this as a challenge!