Rahsia Khasiat Buah Lemon Yang Ramai Tidak Tahu
Kebaikan Lemon. Si buah kuning yang berbentuk oval ini memang kaya dengan magnesium, karbohidrat, potasium, asid sitrik, kalsium dan Vitamin B serta C.
Ternyata, jus lemon mempunyai banyak khasiat yang tersembunyi. Ia digunakan dalam perubatan, masakan, makmal eksperimen dan juga agen pembersih. Secara turun temurun, buah lemon sememangnya terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan dan juga kecantikan.
Antara Kebaikan Lemon:
1. Baik Untuk Perut
Lemon boleh membantu melegakan rasa mual, mulas dan juga membantu dalam proses pencernaan. Ia bertindak sebagai pencuci atau pembersih bagi kotoran yang ada dalam perut. Apa yang anda perlu lakukan ialah, campuran jus lemon yang diperah dengan air suam dan kemudian minum. Mudah, cepat dan sedap! Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Cegah Nafas Berbau
Jus lemon sangat membantu dalam mencegah dan menghilangkan nafas yang berbau. Ia akan membuatkan mulut kita menjadi lebih segar dan wangi. Anda boleh berkumur dengan jus lemon yang diperah atau campurkan dengan air suam dan minum. Selain itu, anda juga boleh mengunyah hirisan lemon selepas waktu makan untuk meneutralkan semula bau nafas dan mulut anda. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
3. Terbaik Untuk Penjagaan Kulit
Lemon, merupakan ubat antiseptik yang semula jadi, ia boleh digunakan untuk mengubati masalah-masalah yang berkaitan dengan kulit. Lemon ialah buah sitrus yang kaya dengan vitamin C, ia boleh meningkatkan kecantikan dengan meremajakan kulit dari dalam. Ia membuatkan wajah lebih berseri-seri serta bertindak sebagai ubat anti-penuaan. Dapat menghilangkan kedut dan bintik hitam. Air lemon jika digunakan di kawasan kulit yang melecur boleh memudarkan parut kerana lemon merupakan agen penyejuk yang boleh mengurangkan kesan lecuran pada kulit.
4. Membantu Pengelupasan Sel Kulit Mati
Buah lemon mengandung AHA (Alpha-Hidrocxy Acid) yang dapat membantu dalam pengelupasan sel-sel kulit mati. Perah buah lemon dan ambil air perahannya, celupkan kapas pada air perahan buah lemon dan sapukan di seluruh wajah setelah dibersihkan. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Kulit wajah anda akan kelihatan bercahaya dan terasa lembut.
5. Melembutkan Kulit Pada Siku
Kulit pada siku biasanya kering dan berwarna hitam, untuk membuat kulit di bahagian siku kelihatan bersih dan lembut lakukan perawatan dengan buah lemon. Hiris buah lemon menjadi dua bahagian, gosokkan hirisan buah lemon tadi ke bahagian siku dan biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air.
6. Pembersih Darah
Penyakit seperti malaria dan kolera boleh juga diubati dengan mengamalkan minum jus lemon segar kerana lemon juga bertindak sebagai pembersih darah. Amalkan petua ini sehingga anda menampakkan kesannya.
Dewasa dan kanak-kanak (70 kg ke bawah) : Perah separuh lemon dan campurkan dengan segelas penuh air suam. Minum dua kali sehari.
Dewasa (70 kg ke atas) : Perah satu biji lemon dan campurkan dengan segelas air penuh air suam dan minum dua kali sehari.
Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
‘Limonoid glucosides’ adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
Air lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
7. Rawatan Kulit Berjerawat
Lemon dan jerawat? Dalam fikiran anda mesti pedih bukan? Kesan pedih itu hanyalah untuk seketika sahaja. Ia bertindak untuk membunuh bakteria yang ada sebelum mengecutkan jerawat tersebut. Lemon mengandungi asid sitrik yang mampu merawat jerawat dan kandungan alkalinya mampu membunuh sesetengah bakteria yang menjadi punca jerawat. Selain daripada meminum jus lemon setiap pagi, anda boleh sapukan jus lemon sebenar pada kulit yang berjerawat dan tinggalkan semalaman. Untuk masker, anda boleh campurkan jus lemon dengan madu dan lumurkan pada kulit muka. Rawatan kulit muka dengan lemon mampu mengekalkan seri wajah.
8. Membantu Dalam Penjagaan Gigi
Air lemon boleh juga digunakan dalam penjagaan gigi. Jika jus lemon segar digunakan pada bahagian gigi yang sakit, ia boleh membantu mengurangkan kesakitan. Urutan jus lemon pada gusi juga boleh menghentikan pendarahan gusi. Ia memberikan kelegaan daripada bau busuk dan masalah-masalah lain yang berkaitan dengan gusi.
9. Kuku Kuat dan Tangan Cantik
Untuk mendapatkan kuku yang kuat dan bersinar, rendam jari anda di dalam jus lemon selama 10 minit. Selepas itu, berus kuku anda dan rendamkan semula di dalam air suam yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Setelah itu, bilas jari anda dengan air suam. Lakukan seminggu sekali untuk melihat kesannya.
10. Menurunkan Berat Badan
Jus lemon membantu penghadaman dan merangsang hati untuk menyingkir kekotoran di dalam sistem badan anda. Ini boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Minum segelas jus lemon suam yang dicampurkan dengan madu setiap hari dan jadikannya amalan sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan.
11. Masalah Rambut Nipis Dan Berkelemumur
Menyapu dan mengurut jus lemon ke atas kepala anda mampu melancarkan peredaran darah untuk merangsang pertumbuhan rambut. Bukan itu sahaja, sekiranya anda membiarkan jus lemon di atas kulit kepala selama 10 minit selepas mencuci rambut, ia mampu mengurangkan kelemumur dan menjadikan rambut anda lebih bersinar.
12. Merawat Sakit Tekak
Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahakyang terhasil dalam badan.
13. Mengawal Tekanan Darah Tinggi
Air lemon sangat baik kepada mereka yang mempunyai masalah jantung, disebabkan oleh kandungan kalium yang tinggi. Ia mengawal tekanan darah tinggi, pening, loya serta memberi kelonggaran kepada minda dan tubuh badan. Ia juga mengurangkan tekanan mental dan kemurungan.
Jangan lupa SHARE ya!
Sumber: wow.my