Jenama Sukan Terkemuka NIKE di 'Boycott' Kerana Mengeluarkan Koleksi NIKE PRO Hijab untuk Muslimah


Jenama sukan terkemuka dunia, Nike pada minggu lalu telah mengumumkan koleksi Nike Pro Hijab mereka.

Untuk mempromosikan koleksi terbaru tersebut, Nike telah menampilkan atlet angkat berat Emiriah Arab Bersatu (UAE), Amna Al Haddad dan peluncur ais Zahra Lari sebagai model menggayakan Nike Pro Hijab.


Koleksi ini telah mendapat maklum balas positif daripada ramai wanita muslimah yang memuji usaha Nike khususnya dalam isu penjagaan aurat.



Bagaimanapun ada sesetengah pihak yang mengecam Nike kerana mengeluarkan koleksi tersebut.

Mereka yang mengkritik berpendapat, hijab merupakan simbol penindasan terhadap kaum wanita.
 Menurut Amna, Nike Pro Hijab merupakan produk sukan yang dicipta bagi menghapuskan halangan yang menyekat wanita Islam untuk aktif bersukan.

Tidak kurang juga yang menyentuh sentimen anti-muslim. Lebih teruk, mereka turut mengugut mahu memboikot jenama sukan popular dunia itu.

Bagaimanapun Amna telah membidas kritikan tersebut dan berkata lebih ramai wanita menyuarakan keperluan terhadap produk tersebut dan lebih banyak atlet profesional memperjuangkan hak untuk bertanding dengan berhijab dan hak sama rata di gelanggang.

Walaupun lantang dikritik dan diugut boikot, tidak kurang juga ramai yang memuji hasrat Nike dalam mengeluarkan koleksi hijab ini untuk membolehkan semua wanita muslimah terbabit aktif dalam bidang sukan.

Sama-sama kita nantikan saat koleksi Nike Pro Hijab ini berada di pasaran awal tahun 2018 nanti.

Sumber: RojakDaily

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel