Badan Berangin? Jom Cuba Petua Guna Susu Ni.


Oleh Ezaura Rafe. Sumber Nurul Diana

Selalunya petua untuk badan yang banyak angin ni orang kaitkan dengan halia. Macam-macam cara nak buang angin dalam badan, petua ini elok untuk lelaki dan wanita semua usia termasuk ibu mengandung, tapi kurangkan halia untuk ibu mengandung ya..

Bahan-bahannya :

1. Susu kotak ( brand apa pun boleh ), kalau nak guna susu pekat tin pun boleh

2. halia ( besar ibu jari ) lebih kurang 3-4cm
halia ni ikut ketahanan tekak , kalau nk kaw dan pedas masuk banyak sikit . kalau setakat 3-4cm tak rasa apa-apa pun tapi tetap berkesan.


Cara-caranya :

Hiris halia nipis-nipis reneh dengan susu hingga mendidih (api perlahan) Sedia untuk minum.

Seleok-eloknya minum ketika susu masih suam, kesannya akan serta merta.  Minum bila-bila masa sahaja jika perlu, atau 2-3 kali seminggu.

Selamat mencuba! :)

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel